Feb 13, 2015

It's been TwoThousandFifteen

Assalamualaikum~ Salam 1436H

Duaribuempatbelas..

Jumaat yang penuh berkat. Ketika menaip di sini, segala kenangan dan pengalaman pada tahun 2014 diimbas secara pukal tanpa kronologi yang tepat. Haih

Ya.. sekarang 2015. Nombor yang akan bertukar setiap tahun. Seperti kita yang tidak boleh menafikan pertambahan umur. Err. Seriously sangat lamaaaaaaa tidak menaip di sini menekan "publish post". Ke-janggal-an pastilah berlaku kan. 2014 dibiarkan berlalu tanpa satu entry pun. Walhal 2013 dan 2012 seketul dua sahaja. Blog yang boleh diibaratkan seperti Hidup Segan Mati Tidak Mahu. Tetapi tetap lah di hati blog yang menjadi saksi zaman kegemilangan beberapa tahun yang lalu. 
Ahah zaman kegemilangan sudah berlalu, sekarang hanya lah zaman menuju kehidupan yang berliku-liku dan pancaroba. Dunia nyata yang memerlukan kekuatan untuk terus melangkah mencapai matlamat hakikat kehidupan. *slot falsafah kejap*

Okey berbalik kepada kemunculan di tahun 2015 ini. Sebenarnya memang ada kekuatan sedikit untuk mengaktifkan kembali kerana di seru. Cuma tak berkesempatan menaip. Haha. Jadi lepas ni diharap penulisan menjadi semakin matang tatkala umur sudah dikira matang *yeke?*. Dah empat tahun melepasi zaman kemeriahan blog(2010-2011). Cuba bayangkan umur dulu 21, sekarang ditambah empat tahun. *Tak payah nak bayangkan sangat padahal fakta*

Apa-apa pun kita buang yang keruh ambik yang jernih. Hidup ini umpama roda. Tidak selalu nya kita di atas dan tidak juga selalu di bawah. Kita yang mencorakkan hidup kita. Kepada rakan2 blog se-zaman sape yang masih aktif, boleh la angkat tangan. Nak buat statistik sikit nih. Hikhik~

..
..
[Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah pergi meninggalkan seisi dunia malam tadi.]