Aug 6, 2016

Entry pertama 2016 || it's all about life

Assalamualaikum.. 

Kehadapan platform blogger.com yg disayangi. 😅 Lama nye tak menaip kat sini. Mengenai post project runway tahun lepas tu. Ye sy memang menjalankan aktiviti tu sekarang ni.. 

Mulanya minat buat untuk diri sendiri tapi lama2 fikir apa salah nye komersial kan. Ciacia. Rupa2 nya bile kite bukak mindset lebih luas, makin luas skop pemikiran yg kita boleh jangkau. Kadang tak percaya. Sebab tu org kata belum cuba belum tau. Mesti cuba untuk melangkah ke depan. 

Dugaan dan cabaran semestinya ada. Ini kan KEHIDUPAN. Selagi bernama manusia selagi tu akan diuji... Tu kan tanda Allah sayang kita.

Sikit gambar sy upload utk kenangan di blog.. Antara #projectrunway.

Plain jubah tambah sikit stripe. Hee

Jubah hipster


Sy ambik pre-order kebanyakannya jubah. Jubah simple je tapi kalau ade design sendiri boleh usulkan *cewahh* nanti sy boleh tengok dan discuss sebab sy bukan professional. Sedang belajar dan banyakkkk lagi perlu belajar ke arah itu.

Platform rasmi sy untuk project runway ni adalah instagram. Ok then... sape2 yg nak tengok ... feel free to check my ig @silahhassylee

Sape2 yg banyak pengalaman boleh la curahkan kat sy sikit ~~. Terima kasih


Jul 28, 2015

Assalamualaikum..

Nak ngintai sawang je nih kat sini. Salam Aidilfitri~~~


Apr 22, 2015

Project Runway #yeke

Assalamualaikum.. ~~


Kembali bersua untuk entry ke-3 pada tahun 2015 ini. Entry ini berbaur macam-macam jadi sila alihkan perhatian anda jika tidak dapat menghadam. Lol~

Disebabkan suka menonton rancangan televisyen project runway suatu ketika dahulu *beberapa tahun lepas* tak sangka pulak keinginan dan obsesi(consider) untuk membuat sendiri rekaan sukehatilalala terhasil. Sekadar memenuhi keinginan hati. Jadi terhasil lah di antara nya


Niat di hati nak buat dress sekali tersalah measurement jadi terpaksa dibatalkan niat itu lalu di alter dan mampu terhasil blouse sahaja, Haks








Okayh ni baru betul dress pertama yang menjadi  #lahkot. Dua2 ni tak sempat nak memakai nya secara rasmi lagi. Saje menghiasi ruangan wardrobe je. Boleh??


 Haaa.. yang ni dah dirasmikan. Pergi kenduri. Kita kalau nak jimat, harus lah keatif mix dan match je ape2 yang ade. Boleh buat pergi kenduri, jalan2 rumah saudara, pakai pergi rumah jiran sebelah #punbolehhhh. >.<

keyboardnote : dengan izin-Nya kita berada di sini...